Tekanan (biologi)
Tekanan (biologi)

Tekanan (biologi)

Tekanan (atau stres) baik secara fisiologi, biologi, atau psikologinya adalah tindak balas dalam sesebuah organisma terhadap benda penekan seperti keadaan persekitaran[1] berupa ancaman, cabaran atau halangan fizikal dan psikologi. Rangsangan yang mengubah persekitaran organisma dirasai pelbagai sistem dalam badan.[2] Pada manusia dan kebanyakan mamalia, sistem saraf autonomi dan paksi hipotalamus-pituitari-adrenal (HPA) adalah dua sistem utama yang bertindak balas terhadap tekanan sebegini.[3]Mekanisme-mekanisme stres ini dapat menjejaskan fungsi ingatan, ganjaran, fungsi imun, metabolisme dan tahap kerentanan diri terhadap penyakit.[4] Hubungan dengan penyakit mental, di mana stres kronik atau teruk tetap menjadi faktor risiko biasa bagi beberapa penyakit mental.[5]